Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Semerah dan Sri Medan telah ditubuhkan dalam satu mesyuarat pada 24 Oktober 2010 yang lalu. Penyelia untuk PAR ini ialah Tn. Hj. Khairuddin Abdul Rahim.
Objektif penubuhan PAR adalah untuk membantu orang ramai mendapat akses pihak-pihak berwajib di samping menjadi suatu media bagi Pas selaku parti yang tidak memerintah memainkan peranan sebagai pelengkap terhadap sistem yang ada.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Sdr. Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan Pas Johor dalam satu majlis ringkas tetapi meriah di Hotel Garden, Batu Pahat pada 6 November lalu.
Liputan mengenai penibuhannya telah dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Selasa 9 November 2010 dan akhbar Harakah edisi 12 - 14 November 2010.
Penyelia PAR ini, Tn Hj. Khairuddin Abd. Rahim boleh dihubungi melalui talian hotline 019-7765476 atau emel pusataduanrakyatssm@gmail.com.

Hotline PAR 019-7765476
ReplyDelete