Pusat Aduan Rakyat Semerah dan sri Medan (PARSSM) mula mendapat perhatian dan segera turun bertemu rakyat yang memerlukan bantuannya.
Sebaik sahaja liputan penubuhan PARSSM disiarkan akhbar Harakah, Penyelianya, Tn. Hj. Khairuddin Abdul Rahim telah dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Halim dari Seremban.Beliau mengadukan kesulitan ibu bapanya dalam menjaga neneknya yang telah uzur, terpaksa menggunakan lampin pakai buang.
Oleh kerana ibu bapanya bukanlah orang berada, tanggungan tersebut sedikit sebanyak harus dibantu oleh agensi kerajaan yang sememangnya mempunyai peruntukan untuk kes sedimikian.
Langkah segera diambil oleh Tn. hj. Khairuddin dengan menghubungi ibu Sdr. Halim yang tinggal di Kampung Parit Maimon, Batu Pahat. Hari berikutnya beliau melawat ke rumah tempat tinggal mereka.
Lebih kurang 20 minit beliau meluangkan masa menyantuni dua warga emas anak beranak yang ada di rumah ketika itu. Benarlah sebagaimana yang diadukan, Nenek Satariah, 92 tahun, telah tiga tahun tidak mampu berjalan dalam meneruskan rutin hariannya. Lebih menyulitkan lagi apabila beliau mula kurang ingatan (nyanyuk) sejak setahun kebelakangan ini.
Dengan pendapatan En. Jamian, suami Puan Zaleha Mijan yang menjaga ibunya, Nenek Satariah, menjadi bebanan dalam menyediakan lampin pakai buang yang digunakan purata dua atau tiga helai sehari.
Hasil lawatan tersebut, Tn. Hj. Khairuddin telah mengusahakan bantuan yang sewajarnya. Insya' Allah artikel yang akan datang dapat diketahui agensi mana yang telah menyalurkan bantuan kepada mereka.

No comments:
Post a Comment